Saturday, 23 March 2013
kisah kekisah
Dulu pernah aku ranap, jatuh, di pandang serong oleh manusia. Aku juga hancur disebabkan aku sendiri. Aku lebur bukan atas kehendak aku. Jiwa? Kosong seperti daun yang gugur jatuh terbang dibawa angin. Ketawakan selagi mampu. Aku tidak mampu membuat semua manusia berpuas hati terhadap diri aku. Tapi aku pernah juga ada dia, yang bagi segala harap, disebabkan dia aku belajar segalanya, aku lawan segala ketakutan, jatuh aku terhadap cinta dan kasih sayang dia. Ketika itu, akulah manusia paling bahagia, dengan adanya Allah, keluarga, kawan kawan dan dia aku bahagia, tak ada siapa yang boleh menyangkal senyuman aku yang satu, tapi mungkin aku leka dengan cintanya, aku lupa dengan apa yg aku dapat, maka sekali lagi aku jatuh ditangannya. Aku jatuh dan ranap kerana cintanya. Tetapi tidak pula aku membenci. Malah aku masih setia disini dengan harapan dia kembali. ALLAH MAHA ADIL. aku sedar aku banyak buat salah dan dosa yang sering kali menghantui diri aku. Tapi yakinilah bahawa aku juga ingin berubah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment